Pages

Saturday, November 29, 2014

Tokoh Murid 2014

Pada 18 November yang lalu, SK Pechah Rotan sekali lagi telah menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) 2014 yang bertempat di Bilik Kemahiran Hidup. Majlis yang diadakan ini adalah bertujuan menghargai usaha murid-murid yang telah bertungkus-lumus sama ada dalam pelajaran mahupun ko-kurikulum serta pencapaian dalam kelas KAFA.

Sebagaimana biasa, pihak sekolah telah memilih tokoh murid dari Tahun Enam yang bertujuan menjadi contoh dan tauladan serta peransang kepada murid-murid lain dalam mengejar kejayaan di masa hadapan. Terdapat tiga kategori yang diperkenalkan iaitu Tokoh Akademik, Tokoh Syakhsiah dan Tokoh Ko-Kurikulum.

Pada tahun ini, setelah meneliti dari segenap aspek, maka pihak sekolah telah bersetuju untuk memilih dua orang murid bagi menerima anugerah-anugerah yang disediakan tersebut. Mereka terdiri daripada :

Pertama : Tokoh Akademik

Nama : Aisyah Maisarah bt Zakaria
Tarikh lahir : 25 / 8 / 2002
Tempat lahir : Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah
Hobi : Membaca
Cita-cita : Doktor
Pesanan : Belajar bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa


Kedua : Tokoh Syakhsiah dan Tokoh Ko-Kurikulum.

Nama : Muhammad Haziq Danial bin Abd Rahman
Tarikh lahir : 5 / 4 / 2002
Tempat lahir : Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah
Hobi : Bola Sepak
Cita-cita :Guru
Pesanan : Belajar bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai cita-cita yang diingini.



Pihak sekolah mengucapkan sekalung tahniah kepada adik Aisyah Maisarah dan adik Muhammad Haziq Danial serta keluarga mereka atas kejayaan ini. Semoga pemilihan mereka berdua akan menjadi aspirasi kepada murid-murid lain untuk terus mencipta kejayaan di bumi SK Pechah Rotan pada masa akan datang pula, insyaAllah.

Thursday, November 27, 2014

Pertukaran Guru

Sepanjang tahun 2014 ini menyaksikan pertukaran beberapa orang guru yang telah berkhidmat sekian lama di SK Pechah Rotan. Sesungguhnya jasa-jasa mereka sepanjang menyumbang khidmat dan bakti sepanjang berada di sekolah ini amatlah dihargai dan tetap dikenang sepanjang lipatan sejarah.


Ada di antara guru-guru tersebut yang bertukar dan ada juga yang bersara. Admin difahamkan ini adalah kali kedua SK Pechah Rotan menyambut persaraan Guru Besar setelah persaraan guru besar terdahulu iaitu Cikgu Mohd Nong bin Ismail.


Dari kiri : Cikgu Maizatul Waheda, Cikgu Ahmad Zaki, Cikgu Mohd Lazim (atas) dan Cikgu Che Sabri (bawah)




















Guru-guru SK Pechah Rotan yang telah bertukar sepanjang tahun ini ialah:

1) Cikgu Maizatul Waheda bt Abd Rahman, guru Bahasa Inggeris dan Matematik, yang telah bertukar ke SK Bukit Bayas.

2) Guru Besar, Cikgu Ahmad Zaki bin Abdullah yang telah menamatkan perkhidmatan pada 28 Januari 2014.

3) Cikgu Mohd Lazim bin Ngah, Guru Penolong Kanan Akademik merangkap guru Bahasa Melayu, yang telah bertukar ke SK Kompleks Gong Badak pada awal tahun Hijrah 1436.

4) Cikgu Che Sabri bin Abu Bakar, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum merangkap guru Bahasa Melayu, yang telah bertukar ke SK Gong Badak juga pada awal tahun Hijrah 1436.


Tidak dilupakan Cikgu Mazuki bin Abd Ghani dari SK Pak Ba, Setiu; yang telah menggantikan Cikgu Ahmad Zaki selama beberapa bulan sebagai guru besar dan kemudian bertukar ke SK Kompleks Gong Badak juga sebagai guru besar di sana.